Facebook Buktikan Pelaburan Ke Atas Instagram Berbaloi

Sebelum diambil oleh Facebook kira-kira enam tahun lepas, Instagram sudah pun bergelar platform perkongsian gambar paling popular di dunia. Ia menyebabkan Facebook mengambil keputusan untuk membelanjakan wang sebanyak $ 1 billion(~RM 4.11 billion) bagi membeli laman sesawang berkenaan.

Ketika keputusan itu dibuat, ramai pemerhati yang menganggap ia adalah satu pelaburan yang sia-sia oleh pihak Facebook. Mana tidaknya, mereka tidak dapat melihat sebarang pembaharuan yang boleh dibawakan ke atas Instagram oleh Facebook ketika itu.


Kredit : Spindogs


Namun, setelah enam tahun berlalu, Facebook telah menutup mulut pengkritik mereka dengan menjadikan Instagram sebagai antara pelaburan mereka yang paling berjaya. Malah Instagram kini telah mengatasi Facebook sendiri dengan memiliki pengguna aktif harian teramai iaitu pada 1 billion orang sehari.

Berbanding hanya sekadar medium untuk berkongsi gambar sahaja, Facebook telah membawa pelbagai fungsi baru bagi menarik pengguna kepada laman tersebut. Antara pembaharuan yang telah dibawa ialah Instagram Stories, Live dan yang terbaru, IGTV.

Tambahan pula, menurut penilai Instagram kini mungkin bernilai lebih 100 kali ganda daripada semasa diambil alih oleh Facebook dahulu. Instagram juga dikatakan telah menyumbang sehingga hampir 28% daripada jumlah pendapatan yang diperoleh oleh Facebook pada tahun 2017.

Sumber