Untuk pengetahuan semua, fungsi amaran NUR ini mengambil contoh amaran Amber yang telah dimulakan di Amerika Syarikat. Amaran Amber merupakan hebahan mesej bagi membantu dalam mengenal pasti lokasi kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah yang hilang. Mesej hebahan dihantar melalui pelbagai saluran untuk membantu membawa masyarakat bersama-sama untuk mencari kanak-kanak hilang.
Antara saluran itu adalah menerusi suapan berita (News Feed) Facebook. Amaran akan muncul pada suapan berita anda jika anda berada dikawasan kanak-kanak yang hilang. Terdapat informasi penting pada amaran seperti foto, lokasi terakhir kanak-kanak serta beberapa maklumat penting yang lain.
Ini merupakan langkah terbaik dan pantas untuk berkongsi maklumat kanak-kanak hilang kepada seberapa ramai orang yang mungkin. Walaupun sistem ini telah dilaksanakan, amaran hanya akan muncul pada garis masa orang-orang yang berada berhampiran kawasan pencarian. Ini bermakna tidak semua pengguna yang akan menerima amaran tersebut. Diharap kerjasama yang terjalin antara Facebook dan PDRM ini dapat menangani masalah kanak-kanak hilang dengan lebih pantas dan berkesan.
Berkaitan
- OPPO Reno3 Mungkin Dilengkapkan Dengan Skrin Punch Hole
- Apple Mungkin Perkenal iPhone Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Paparan
- Gambaran Lebih Dekat Lubang Pada Panel Hadapan Samsung Galaxy A8s
- Cip Samsung Dengan Grafik AMD Akan Diperkenalkan Januari Ini
- Pembeli Galaxy Fold Secara Pra-Tempah Ada Dua Pilihan, Tempahan Batal Secara Automatik Atau Kekalkan Belian
- Maybank2U Berwajah Baru, Tampak Ringkas Dan Moden
- Honor Akan Bawa Telefon Pintar Gaming Ke Pasaran Malaysia 7 Ogos Nanti
- Google Keluarkan Kemaskini Sekuriti Android Untuk Bulan November
- Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Pada Penghujung Ogos
- Spotify Premium Percuma Untuk 6 Bulan Dengan Pelan Pascabayar Unlimited Hero P79 Yang Baru