Facebook Bangunkan Satelit Yang Boleh Pancarkan Internet Berkelajuan Tinggi

Pelbagai usaha dilakukan oleh Facebook dalam memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan sambungan internet secara menyeluruh.

Terdahulu, mereka hadir dengan idea sambungan internet menggunakan dron menerusi Projek Aquila tetapi setelah 4 tahun, projek tersebut dibatalkan.

Tidak terhenti disitu, Facebook baru-baru ini telah mengesahkan kepada laman Wired, sosial media terbesar itu sedang berusaha membawakan sambungan internet menerusi pancaran satelit di angkasa lepas.

Facebook menambah, ia bakal menyediakan akses jalur lebar yang lebih meluas terutamanya kepada kawasan yang ketika ini agak sukar mendapat sambungan internet.

Dinamakan sebagai Athena, tiada maklumat spesifik yang dikongsikan Facebook kepada umum kecuali pelancarannya yang dijadual berlangsung pada awal 2019 kelak.