Facebook Avatars Kini Tersedia Di Malaysia, Pengguna Mula Mencuba Ciri Baharu Ini

Facebook hari ini mengumumkan ciri Avatars telah mula tersedia bagi pengguna di Malaysia. Ciri ini pertama kali diperkenalkan oleh Facebook pada Jun 2019 di Australia.


Menerusi ciri ini, ia membolehkan anda menghasilkan persona digital. Rekaan avatar ini juga boleh disesuaikan dimana anda kemudiannya boleh berkongsi melalui pelekat pada bahagian komen, aplikasi sembang Messenger atau Facebook Stories.

cara buat facebook avatars

Untuk menghasilkan avatar ini, hanya perlu tekan pada butang "Smiley" di bahagian komen Facebook atau Messenger dan tekan pada tab Avatars.



Selain itu, anda juga boleh menghasilkan avatar ini dengan pergi ke bahagian tab "Menu". Kemudian tekan pada "See more" dan pilih "Avatars". Terdapat pelbagai warna kulit, stail rambut, bentuk muka, pakaian dan lain-lain yang boleh disesuaikan.

cara buat facebook avatars

Setelah selesai, anda boleh berkongsi pelbagai pelekat yang berdasarkan Avatars tersebut melalui komen, aplikasi sembang Messenger dan sebagainya.

Sumber: Facebook Malaysia