Facebook Akui Benarkan Pihak Ketiga Mengakses "Private Message" Pengguna

Skandal pelanggaran privasi pengguna nampaknya terus menghantui Facebook. Terbaru, mereka telah membuat pengakuan bahawa mereka membenarkan pihak ketiga untuk mengakses private message(PM) penggunanya.

Antara pihak ketiga yang diberikan akses oleh mereka ialah Spotify dan Netflix. Facebook mendakwa akses itu diberikan bagi membenarkan pengguna menghantar pesanan melalui Facebook PM tanpa perlu keluar dari aplikasi pihak ketiga berkenaan.

Kapsyen: Make Tech Easier


Sebagai contoh, pengguna Spotify perlu mendaftar masuk ke dalam aplikasi Spotify dan Facebook dalam peranti yang sama terlebih dahulu sebelum Spotify dapat mengakses mesej-mesej pengguna.

Perkara ini didakwa tidak melanggar sebarang undang-undang berkaitan privasi pengguna, namun jika tidak dikawal dengan baik, ia mungkin akan memberi kesan yang lebih buruk kepada pengguna.

 

Sumber: Business Insider