Facebook Akui 30 Juta Akaun Pengguna Telah Digodam Bulan Lepas

Awal bulan ini, kami ada melaporkan mengenai serangan penggodam terhadap Facebook yang memberi kesan kepada 50 juta akaun di laman media sosial popular tersebut. Malah perkara ini turut mendapat perhatian pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).

Bagaimanapun, menurut laporan terkini yang diterima, Facebook mendakwa hanya 30 juta akaun sahaja yang telah digodam.

Maklumat yang telah berjaya dicuri oleh penggodam termasuklah nama sebenar, status perkahwinan, agama, tempat kerja, tarikh lahir, aktiviti carian dan lokasi yang telah didaftarkan(check-in).

Walaubagaimanapun, maklumat penting lain seperti nombor telefon dan alamat e-mel milik kira-kira 14 juta akaun yang terlibat juga telah dicerobohi.

https://twitter.com/jeremywhiteley/status/1050822962352246784

Seorang pengguna, Jeremy Whiteley melalui akaun Twitter-nya mendakwa beliau mula menerima lebih banyak panggilan palsu atau robocalls sejak perkara ini terjadi.

Perkara ini telah mengakibatkan nilai saham Facebook menjunam ke paras terendah harian($151.30/saham) pada semalam.

Mark Zuckerberg dan pasukannya perlu melakukan sesuatu dengan kadar segera demi memastikan Facebook akan terus menjadi platform media sosial utama dunia. Jika tidak, Facebook mungkin akan kehilangan lebih ramai pengguna di masa akan datang.

 

Sumber : CNBC   Business Insider