Facebook aktifkan ciri “Safety Check” Selepas Serangan Bom Di Filipina







Kejadian letupan bom yang berlaku di sebuah pasar malam di kota Davao, Filipina Jumaat lalu telah mengorbankan 12 orang awam dan mencederakan berpuluh yang lain. Sejurus selepas insiden itu, Facebook telah mengaktifkan ciri “Safety Check” yang berfungsi memberi notifikasi kepada pengguna yang berada berhampiran tempat kejadian.





Ciri yang diperkenalkan pada 2014 itu memudahkan pengguna memberitahu keluarga tentang keadaan mereka jika tempat yang mereka berada mengalami bencana alam ataupun diserang pengganas.













Sebelum ini Facebook telah beberapa kali mengaktifkan ciri “Safety Check”, seperti gempa bumi yang berlaku di Itali, serangan di bandaraya Paris dan kejadian tembakan yang meragut puluhan nyawa di Orlando, Florida.




Menurut Mark Zuckerberg pengasas kepada rangkaian sosial media ini, beliau mengesahkan syarikatnya sedang berusaha untuk memudahkan pengguna mengaktifkan sendiri ciri “Safety Check” tersebut.