Facebook Akhirnya Memperlihatkan Ciri Butang 'Dislike' Yang Dinanti-nantikan

Semenjak 2015, pihak Facebook sedang berusaha untuk membawakan ciri butang 'Dislike', apabila menerima banyak desakkan daripada pengguna. Selepas hampir 3 tahun, akhirnya mereka memperlihatkan ciri tersebut, yang pada ketika ini masih lagi dalam tempoh percubaan. Namun ianya bukanlah butang 'dislike' seperti yang anda jangkakan.



Facebook bakal memperkenalkan ciri undi (vote dan downvote) dengan menggunakan butang anak patah pada ruang komen, ciri yang sama diperlihatkan di Reddit. Melalui ciri vote dan downvote ini, pengguna boleh mengundi dan manghakimi komen-komen daripada pengguna lain.



Pada kami, ianya bukanlah sesuatu yang baru. Sebenarnya jika diteliti semula, ianya sama sahaja dengan apa yang telah diketengahkan oleh pihak Facebook ketika ini. Pengguna boleh menggunakan emoji marah jika sesuatu komen itu berniat tidak baik atau terlalu kasar contohnya.



Facebook seterusnya menidakkan khabar angin yang menyatakan mereka memperkenalkan butang dislike dengan mengatakan, “Kami tidak menguji butang dislike. Kami sedang meneroka ciri untuk pengguna memberi maklum balas tentang komen pada post muka awam. Ia melibatkan komuniti kecil di U.S sahaja.”

Sumber

 

 

Berkaitan