Facebook Akan Paparkan Notifikasi Jika Artikel Lama Dikongsi Semula

Seringkali kita melihat artikel lama yang kembali dikongsi secara berama-ramai oleh warga Facebook. Terutamanya yang berkaitan perkara tular mahupun promosi jualan tertentu.



Sebagai penyelesaian, Facebook telah dikemaskini dengan ciri baru skrin pemberitahuan. Melaluinya, pengguna akan diberitahu jika artikel yang dikongsi itu telah melebihi 90 hari dari tarikh ia disiarkan. Bagaimanapun, Facebook masih membenarkan pengguna untuk meneruskan perkongsian tersebut. Menurut Facebook,

"Our internal research found that the timeliness of an article is an important piece of context that helps people decide what to read, trust and share. "



Perkara ini dilihat membantu terutama dalam perkongsian berita lama yang dikongsi semula seolah ianya berita terkini. Ini kerana, pengguna Facebook adakalanya membuat perkongsian tanpa melihat terlebih dahulu tarikh artikel tersebut disiarkan.

Sumber: Facebook