Facebook Akan Kenal Pasti Dan Beritahu Sekiranya Foto Anda Di Muat Naik

Tahun 2017 hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi namun Facebook dilihat tidak mahu berlengah dalam menambahbaik platform media sosial mereka.

Tempoh hari Facebook telah menawarkan fungsi Snooze untuk senyapkan kenalan dalam jangka masa 30 hari, disusuli pula pengumuman mengenai penapisan kiriman Facebook yang sekadar ingin memancing pengguna.

Terbaru, Facebook melalui teknologi pengecaman wajah mereka berupaya mengenalpasti wajah anda melalui foto yang dimuat naik oleh pengguna yang lain.

Notifikasi pemberitahuan akan dihantar kepada anda mengenai foto tersebut walaupun anda tidak ditag padanya.



Berkenaan pengenalan fungsi pengecaman wajah ini, Facebook menyatakan pengguna sekarang boleh mengetahui sama ada gambar mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti kebanyakkan akaun palsu yang ada ketika ini.



Fungsi ini menggunapakai teknologi sedia ada yang mana sebelum ini ia hanya mengecam wajah dan berikan cadangan untuk tag.

Pengenalan ciri akan dibuat secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia kecuali di Kanada dan Eropah kerana disana Facebook tidak menawarkan fungsi pengecaman wajah.

Sumber: Facebook