Face ID Apple Pada Masa Hadapan Mungkin Guna Salur Darah Sebagai Imbasan Biometrik

Face ID yang diperkenalkan oleh Apple melalui iPhone masih mempunyai kelemahan utama iaitu sukar untuk membezakan wajah yang sama. Jika pada cap jari, masing-masing mempunyai corak yang unik, jadi ia adalah berbeza antara satu sama lain.

Namun, untuk wajah, sepasang kembar boleh mempunyai muka yang mirip lantas menyalahi konsep privasi dan sekuriti Face ID. Ini adalah antara mengapa Apple mahu menambah baik ciri ini agar tidak mendatangkan masalah kepada pengguna kembar.

Apple melalui laporan terbaharu dikatakan akan menaik taraf fungsi Face ID melalui imbasan salur darah di sebalik wajah. Sistem imbasan salur darah 3D ini telah dipatenkan oleh Apple dan telah diperlihatkan secara umum.

Apple

Buat masa ini, masih tidak diketahui teknologi apakah yang digunakan Apple untuk mengimbas salur darah. Untuk merealisasikan impian ini, mereka perlu mencipta atau mengaplikasi teknologi baharu disebabkan sensor infrared pada Face ID Apple sekarang ini tidak mampu untuk mengimbas salur darah.

Sumber: Apple Paten

Berkaitan