EZVIZ C3X, Kamera Keselamatan Dwi-Lensa Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM539

EZVIZ sebuah syarikat terkemuka dunia dalam produk keselamatan telah melancarkan C3X, kamera keselamatan dwi-lensa pertama di dunia dan kini tiba di Malaysia dengan harga RM539.

C3X adalah kamera keselamatan yang canggih dimana ia mampu menghasilkan video berwarna dalam keadaan gelap tanpa memerlukan lampu.



Dengan ini, imej pada waktu malam termasuk persekitaran, warna baju mahupun kereta akan kelihatan jelas yang mana kamera keselamatan biasa tidak mampu melakukannya.

Selain itu, terdapat kecerdasan buatan (AI) terbina yang memberikan ia mengenali dan menjejak sebarang pergerakan seperti manusia, kereta, haiwan serta barang-barang lain.

C3X juga dilengkapi lampu strobo terbina dan siren yang dapat diaktifkan secara automatik ketika sebarang pergerakan yang tidak diingini dikesannya. Pengguna dapat menyesuaikan audio siren tersebut untuk digunakan sebagai penggera amaran.



Terdapat beberapa ciri lain yang ditawarkan kepada pengguna untuk C3X iaitu:

  • Resolusi video full-HD 1080p

  • Teknologi pemampatan video H.265

  • WiFi 2.4GHz

  • Dual antena

  • Penarafan kalis debu dan air IP67

  • Kad mikroSD sehingga 256GB

  • Aplikasi EZVIZ untuk pengurusan kamera keselamatan


Kamera keselamatan C3X boleh didapati di kedai fizikal EZVIZ atau secara dalam talian pada pautan di bawah.

 

Berkaitan