Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Exabytes Diserang Ransomware

Exabytes Diserang Ransomware

Diterbitkan September 19, 2021 oleh ariff bukhari

Penyedia perkhidmatan pelayan laman sesawang dan domain terkemuka di Malaysia, Exabytes memaklumkan bahawa mereka telah menjadi mangsa serangan ransomware.

Exabytes memberitahu, serangan ransomware itu dikesan berlaku sekitar jam 5.00 pagi semalam (18 September 2021) yang mengakibatkan berlakunya gangguan terhadap pelayan mereka.

Sekaligus menyebabkan sebahagian pelanggan mereka terjejas dengan serangan tersebut.

Exabytes menyatakan pasukan mereka kini sedang menangani serangan tersebut dan sedang berusaha mengembalikan perkhidmatan yang terjejas.

Pihak Exabytes juga telah memaklumkan kepada pihak berwajib dan bekerjasama dengan mereka bagi memastikan keselamatan data para pelanggan mereka.

Kepada pelanggan Exabytes yang terjejas, mereka boleh menghubungi pihak Exabytes bagi mendapatkan sokongan dan info lebih lanjut berkenaan insiden serangan yang berlaku ini di laman sokongan Exabytes Ransomware Attack: Service Disruption and Disk Issues.

Setakat ini, pihak Exabytes tidak mendedahkan berapa ramaikah pelanggan mereka yang terjejas.

Di Malaysia, Exabytes mempunyai 2 pusat data yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Exabytes juga mempunyai pusat data di Singapura, Amerika Syarikat dan Indonesia.

Sumber: Exabytes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY