eUFS Samsung Memberi Ruang Simpanan Telefon Pintar Anda Sehingga 512GB

Samsung melalui bahagian Samsung Electronics mengumumkan telah memulakan pembuatan embedded Universal Flash Storage (eUFS) mereka yang pertama di dunia yang menyokong ruang simpanan sehingga 512GB.

Ini bermakna telefon pintar utama selepas ini boleh mula mengunakan perkakasan ini dalam peranti mereka secara tak langsung meningkatkan ruang penyimpanan luar talian pengguna masing-masing.

Kali terakhir Samsung mengemaskini perkakasan uFS mereka pada Febuari 2016 dimana ketika itu cip penyimpanan tersebut hanya mampu menyokong sehingga 256GB.



uFS terbaru dari Samsung itu mengandungi 64 lapisan yang terdiri daripada 512Gb V-NAND dan satu pengawal. Ia mempunyai kapisiti dua kali ganda lebih besar dari uFS berkapisiti 256GB tetapi dapat mengekalkan saiz yang sama.

Kelajuan membaca uFS tersebut mencecah 860 MB/s dan kelajuan menulis pula sehingga 255MB/s.

Samsung yang merupakan pembuat cip terbesar di dunia telah mendapat faedah yang banyak dari perniagaan elektronik mereka disebabkan permintaan yang semakin meningkat.

Sumber