Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gerhana matahari 2

Esok Akan Berlaku Fenomena Gerhana Matahari Separa – MYSA

Diterbitkan Oktober 24, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini memaklumkan bahawa akan berlaku satu fenomena yang dikenali sebagai Gerhana Matahari Separa pada petang hari esok.

Fenomena itu dijangka akan berlaku pada 25 Oktober 2022 dari jam 16:58:19.9 dan berakhir pada 21:02:15.7 waktu Malaysia.

Walaubagaimanapun MYSA berkata fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia.

Gerhana Matahari Separa

MYSA menjelaskan, keadaan ini berlaku kerana laluan bayang-bayang penumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.

Sebaliknya Laluan Gerhana Matahari Separa (Lintasan Bayang Penumbra Bulan) ini akan bermula dari Iceland ke Rusia dan akan berakhir di Laut Arab.

Jadi penduduk yang berada di Eropah, bahagian timur laut Afrika, bahagian timur tengah dan barat Asia akan dapat menyaksikan fenomena alam itu.

Gerhana Matahari Separa 2

MYSA menjelaskan, fenomena Gerhana Matahari Separa ini berlaku pada 4.2 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 368,287km.

Gerhana Matahari Separa 3

Gerhana maksimum pada 25 Oktober 2022 ini akan berlaku di hemisfera utara pada koordinat 61° 38′ 55.6″ U, 77° 20′ 44.7″ T apabila 82.11% permukaan Matahari diliputi oleh Bulan.

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY