Berdasarkan kepada dokumen bocor yang dicadangkan oleh Kesatuan Eropah.
Dokumen Kesatuan Eropah yang dibocorkan baru-baru ini mencadangkan semua pengeluar telefon pintar supaya menghasilkan peranti dengan bateri yang lebih mudah ditukar pengguna.
Ini bermakna, Apple, Samsung, Huawei dan pengeluar-pengeluar telefon pintar lain terpaksa menghasilkan model telefon pintar dengan bateri terbina dalam yang boleh ditanggalkan.
Dokumen yang dibocorkan itu didakwa sepatutnya hanya akan dibentangkan dalam bulan Mac nanti.
Ketika ini, pengguna telefon pintar seperti iPhone hanya disyorkan supaya menukar bateri peranti mereka itu di pusat servis sah Apple sahaja.
Polisi yang akan diperkenalkan oleh Kesatuan Eropah ini hanya melibatkan negara-negara di dalam kesatuan itu sahaja. Tidak pula melibatkan negara-negara lain.
Jadi, pastinya adalah sukar bagi pengeluar telefon pintar mahu memenuhi kehendak bagi satu pihak sahaja.
Perancangan baru polisi yang akan dibentangkan oleh Kesatuan Eropah ini susulan daripada laporan sebelum ini yang menggesa supaya dikuatkuasakan undang-undang yang mewajibkan semua pengeluar peranti pintar menggunakan sambungan yang sama pada semua peranti.
Sumber: XDA Developers
Berkaitan
- Kapasiti Bateri iPhone 15 Bertambah, Lebih Besar Sedikit Dari iPhone 14
- Kemas Kini Windows Disyaki Penyebab Kapasiti Bateri Peranti Surface Laptop 2 Dan Surface Pro 4 Cepat Habis
- Pengecas Ultra Pantas Huawei Mampu Cas Penuh Bateri EV Sepantas 8 Minit
- EU Akan Kuat Kuasakan Bateri Telefon Pintar Mudah Ditukar, Tidak Perlu Peralatan Khas
- HUAWEI WATCH GT 4 Series Dilancar - GPS Lebih Tepat, Bateri Tahan Lebih Lama
- PETRONAS Bangunkan Formula Gabungkan Bateri Litium-Ion Dengan Graphene
- Pengeluar EV China Bangunkan Bateri LFP Baharu, Cas 15 Minit Dapat 500KM
- Penyelidik Berjaya Mengecas Bateri Lithium-Ion Sehingga 60% Kapasiti Kurang Dari 6 Minit
- China Lancar Bateri EV 10 Minit Cas Dapat Jarak Sehingga 400km
- Pengguna iPhone Yang Failkan Saman Isu Bateri Terhadap Apple Mula Terima Bayaran