Ikuti kami di media sosial

Berita

Ericsson Memperkenalkan Radio 5G Dengan FDD MIMO

Zacky Venge

Ditulis

pada

Ericsson, sebuah penyedia perkhidmatan telekomunikasi dari Eropah telah mengumumkan kemaskini mereka dalam platform 5G. Mereka telah menambah sokongan 5G dan Massive MIMO kepada radio LTE yang menggunakan dupleks frekuensi, FDD.

Produk mereka yang dipanggil AIR 3246 menyokong teknologi 4G LTE dan 5G New Radio. Ericsson berkata teknologi ini memberi jalan tengah antara 4G dan 5G membolehkan spektrum sedia ada digunakan bersama dengan rangkaian baharu.

AIR 3246 akan mula berada di pasaran pada suku kedua tahun 2018.

Ericsson telah bekerjasama dengan penyedia telekomunikasi dari pelbagai negara termasuk ujian bersama Telstra di Australia pada tahun lepas. Hasil ujian tersebut menunjukkan kelajuan muat turun sebanyak 10Gbps untuk peranti mobil.

Ericsson juga telah bekerjasama dengan IBM bagi menghasilkan IC dengan modul antena pelbagai tahap yang beroperasi pada band spektrum 28 GHz yang akan digunakan di dalam stesen pangkalan 5G.

Sumber

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular