Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Epson wide

Epson Lancarkan Projektor EpiqVision Mini EF-12, Hadir Dengan Sistem Pembesar Suara Yamaha

Diterbitkan Mac 23, 2021 ยท Dikemas kini Mac 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Epson Malaysia hari ini telah melancarkan projektor terbaru mereka, iaitu EpicVision Mini EF-12. Ia tampil dengan ciri-ciri yang sesuai bagi kegunaan kerja mahupun hiburan.

Epson Lancarkan Projektor EpiqVision Mini EF-12, Hadir Dengan Sistem Pembesar Suara Yamaha

Projektor laser ini hadir dengan kecerahan sehingga 1000lm, kontras 2,500,000:1, resolusi Full HD dan mampu memancarkan paparan sehingga 150 inci.

Rekaannya yang kompak dengan berat hanya 2.2kg menjadikan ia mudah dibawa dan digunakan dimana sahaja berbanding kebanyakan projektor.

epson yamaha

Selain itu, perkara yang menarik pada projektor ini adalah ia terbina sistem pembesar suara dari Yamaha. Malah, ia juga dapat digunakan sebagai pembesar suara dengan sambungan Bluetooth.

epson adjust image

Tambahan lagi, dengan kamera dimuatkan di dalam, ia turut mampu melaras ketajaman imej dengan automatik.

epson android tv

Selain itu, projektor mini Epson juga mempunyai Android TV yang mana membolehkan pengguna menikmati kandungan hiburan di ruang tamu bersama keluarga dengan mudah.

Jaminan yang diberikan adalah selama 3 tahun atau 12 ribu jam penggunaan. Epson Mini EF-12 ini dijual pada harga RM4980 yang akan tersedia di Malaysia pada pertengahan April.

Sumber: Epson Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY