Epic Games Tawarkan Hadiah Hampir RM 400 Juta Untuk Pertandingan E-Sukan Fortnite

Epic Games sebagai studio pembuat permainan Fortnite telah menawarkan dana hampir RM 400 juta kepada pertandingan yang akan melibatkan Fortnite. Permainan itu akan menggunakan konsep e-sukan popular yang lain seperti League of Legends, Dota 2, Overwatch bagi mengadakan pertandingan mereka sendiri.

Perkara ini diumumkan oleh Epic Games di laman sesawang mereka  dan belum ada tarikh rasmi lagi mengenai bila pertandingan itu akan berlangsung. Pihak mereka masih lagi mencari kaedah yang berbeza dengan jenama e-sukan yang lain bagi mempromosikan jenama mereka.



Fornite merupakan permainan yang  dimainkan di platform berbeza seperti Playstation 4, Xbox One, macOS dan Windows. Permainan yang mirip seperti Player Unknown Battleground ini sangat popular dan telah terjual sebanyak 500,000 dalam bentuk pra-tempahan.

Sumber