Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
epic games

Epic Games Menawarkan 2 Judul Permainan Hebat Secara Percuma Untuk Masa Terhad

Diterbitkan April 26, 2021 · Dikemas kini April 26, 2021 oleh ariff bukhari

Untuk masa terhad, Epic Games menawarkan 2 judul permainan hebat secara percuma kepada para peminat permainan video komputer.

2 judul permainan itu adalah Alien: Isolation dan Hand of Fate 2.

Pengguna berdaftar dengan Epic Games Store boleh memuat turun 2 judul permainan itu secara percuma sehingga 29 April 2021 nanti.

Alien: Isolation pertama kali dilancarkan dalam tahun 2014 dahulu oleh SEGA. Tetapi sehingga kini ia masih menjadi salah satu judul permainan popular dan berjaya yang bertemakan permainan seram.

Manakala Hand of Fate 2 pula yang dilancarkan pada lewat tahun 2018 dahulu adalah permainan berbentuk pengembaraan dan misteri.

Jadi jom dapatkan Alien: Isolation yang berharga RM75.00 secara percuma pada masa terhad ini untuk platfom komputer Windows.

Sementara Hand of Fate 2 pula yang berharga RM51.49 boleh dimuat turun dengan percuma untuk platfom komputer Windows dan Macintosh.

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY