Epic Games Kini Senaraikan Fortnite Pada Google Play Store

Epic Games kini telah mengumumkan penyenaraian permainan battle royale, Fortnite melalui Google Play Store pada peranti Android, selepas 18 bulan melancarkan permainan tersebut sebagai perisian pihak ketiga yang boleh dimuat turun di luar pasaran aplikasi mudah alih Google.

[embed]https://twitter.com/FortniteGame/status/1252688705694949376[/embed]

Langkah ini diambil berikutan tindakan Google yang memberikan amaran kepada pengguna mengenai isu keselamatan berkaitan perisian pihak ketiga. Menurut Epic,

"Google puts software downloadable outside of Google Play at a disadvantage, through technical and business measures such as scary, repetitive security pop-ups for downloaded and updated software, restrictive manufacturer and carrier agreements and dealings, Google public relations characterizing third-party software sources as malware, and new efforts such as Google Play Protect to outright block software obtained outside the Google Play store.”

Sebelum ini, alasan untuk tidak menyenaraikan Fortnite pada Play Store adalah kerana mereka perlu membayar pihak Google sebanyak 30% pendapatan pembelian dalam aplikasi. Namun, kini mereka terpaksa akur untuk membayar Google dan menyenaraikan permainan tersebut dalam Play Store.

Dengan penyenaraian permainan video Fortnite di Google Play Store, ia lebih memudahkan pengguna untuk memuat turun permainan ini berbanding melakukannya di platform pihak ketiga. Bagaimanapun, Fortnite mungkin menjadi agak sukar untuk bersaing dengan permainan video battle royale sedia ada yang terdapat di Play Store.

Sumber: Gizmochina