Epic Games Bagi 15 Permainan Percuma Sempena Hujung Tahun Ini

Jualan tahunan Epic Games kini sudah bermula di gedung rasmi Epic Games. Selain menawarkan diskaun untuk pelbagai tajuk, Epic Games turut memberikan 15 judul permainan secara percuma. Menariknya platform tersebut akan membawa kembali Kupon Epic, yang mana ia berikan anda potongan $10 untuk permainan yang berharga lebih daripada $14.99.



Permainan percuma yang pertama ialah Shenmue III, sebuah permainan yang sangat popular di Kickstarter. Buat masa sekarang ini, tiada lagi berita mengenai permainan percuma seterusnya dan menurut jurucakap Epic Games, Nick Chester, anda kena buka dan lihat sendiri gudang Epic Store pada setiap hari untuk lihat apa yang akan ditawarkan.


Kalau anda sedang melayari gedung rasmi Epic Games dan ingin membeli mana-mana permainan yang berharga lebih $14.99 pastikan anda menggunakan Kupon Epic untuk mendapat $10 diskaun. Ia adalah kupon tanpa had dimana anda boleh gunakannya  berulang kali. Tetapi sebagai peringatan, jualan ini akan berakhir pada 6 Januari depan.


Sumber : The Verge