Epic Game Store Perkenal Ciri Self-Service Refunds, Mudahkan Bayaran Balik Pengguna

 

Epic Games kini tampil dengan beberapa kemaskini untuk platform Epic Games Store dan salah satu daripadanya adalah ciri Self Service Refunds.

Pengguna boleh mendapatkan pemulangan semula wang pembelian dengan cara log masuk Epic Games Store, klik pada Account pada atas kanan, pergi ke Transactions, pilih judul permainan dan klik Refunds.

Namun, untuk para gamer yang mahu membuat pengembalian wang perlu menepati beberapa syarat iaitu ia hanya boleh dibuat dalam tempoh 14 hari sahaja. Selain itu, permainan tidak boleh dimainkan lebih dari 2 jam.

Epic Games Store juga menyatakan jika pengguna telah disekat dari judul permainan atau melanggar sebarang terma perkhidmatan, ciri pengembalian wang tidak layak dibuat.

Sumber: Epic Games Store