Enjin Carian Baidu Dikatakan Punca Penghantaran Data Ke China & Bukannya Huawei P30 Pro

Beberapa hari yang lepas, kita dikejutkan dengan dakwaan bahawa Huawei P30 Pro yang menghantar data pengguna tanpa kebenaran kepada kerajaan China.

Seorang pengguna yang membeli Huawei P30 Pro di Thailand mendakwa perantinya telah menghantar senarai carian DNS kepada pelayan di negara China.



Perkara ini menjadi tular selepas pengguna dengan nama pe3zx telah memuat naik satu kiriman mengenainya di laman GitHub.

Antara alamat DNS yang terlibat adalah termasuk beian.gov.cn yang didaftarkan oleh Alibaba Cloud dan diuruskan oleh Kementerian Keselamatan Awan China menurut Whois.com.

Walaubagaimanapun, menurut laman kemaskini terbaru di laman GitHub berkenaan, pengguna Huawei P30 Pro itu telah menarik balik dakwaan awal beliau.

Beliau memberitahu bahawa berlaku salah faham di mana carian DNS itu telah dihantar oleh enjin carian Baidu yang digunakan, dan bukannya dihantar oleh peranti itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, beliau telah memohon maaf kepada pihak Huawei dan turut berterima kasih pada Huawei Thailand atas kerjasama yang diberikan.

 

Sumber: Taiwan News   ExploitWareLabs   GitHub