Energizer Mahu Lancar 26 Telefon Dengan Pelbagai Ciri Mengagumkan Pada MWC 2019 Nanti

Syarikat pengeluar bateri terkemuka, Energizer nampaknya bersedia membuat kejutan terbesar semasa acara MWC 2019 yang akan berlangsung 25 Feb-28 Feb ini.

Mana tidaknya, mereka mengesahkan akan memperkenalkan 26 telefon baharu semasa acara berkenaan.



Peranti-peranti tersebut akan dibahagikan kepada 4 kategori berlainan iaitu Power Max, Ultimate, Energy dan Hardcase.

Antara model yang dijangka akan menarik perhatian ialah sebuah model dengan bateri 18,000mAh dibawah siri Power Max.

Selain itu, peranti dengan sistem kamera periskop pula dikatakan akan membuat kemunculan di bawah barisan Ultimate.

Tidak cukup dengan itu, sebuah telefon boleh lipat turut didakwa akan diperkenalkan namun tidak didedahkan bagi kategori mana.

Kapsyen: GSMARENA


Energizer sebelum ini pernah mengeluarkan beberapa model telefon pintar dengan kapasiti bateri besar seperti Energizer Power Max P16K Pro(16,000mAH).

Telefon-telefon ini dilapor dibangunkan oleh syarikat dari Perancis, Avenir Telecom yang telah menjual peranti kos rendah atas perlesenan Energizer sejak beberapa tahun lalu.

Selain ciri-ciri menarik ini, ramai pemerhati dan peminat mengharapkan spesifikasi dalam yang baik juga dapat dibekalkan oleh Energizer nanti.

 

Sumber: The Verge