Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Enam Permainan e-Sukan Akan Dipertandingkan Di Sukan SEA 2021 Vietnam

Posted on Disember 8, 2020Disember 8, 2020

Umum mengetahui bahawa e-Sukan telah memasuki arena dalam kejohanan sukan dunia termasuk sukan SEA. Hari ini, Team Malaysia menerusi akaun Twitter rasmi mereka telah memuat naik senarai permainan yang akan dipertandingkan semasa Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Terdapat enam permainan yang akan dipertandingkan semasa Sukan SEA 2021 iaitu Mobile Legends Bang Bang, Free Fire, Hearthstone, FIFA Online 4, Arena of Valor dan juga Starcraft.

Senarai awal game yg menjadi pilihan penganjur untuk #esports di Sukan SEA 2021 Vietnam.

Ada peluang untuk #MAS 🇲🇾 kekalkan pingat emas acara Hearthstone. Acara lain boleh juga sumbang pingat kalau kita buat preparation awal. Get ready players! 🎮 #KitaJagaKita #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/NxBwhaa0BR

— Team Malaysia (@TeamMsia) December 8, 2020

Berdasarkan senarai tersebut, dua permainan baharu tersenarai dalam Sukan SEA akan datang iaitu permainan battle royale Garena Free Fire dan juga FIFA Online 4.

Agak pelik kerana permainan terkenal lain seperti PUBG Mobile mahupun Dota 2 yang sudah pasti mempunyai peminat yang ramai tidak tersenarai. Namun, ia mungkin akan ditambah kelak pada edisi yang lain dimana e-Sukan juga masih baharu lagi.

MALAYSIA Got it's first Gold Medal in Esports with Hearthstone! - GamerBraves

Sebelum ini, Malaysia telah pun memenangi pingat emas menerusi permainan Hearthstone yang dimenangi Dr. Yew ‘Wkyew’ Weng Kean pada edisi Sukan SEA 2019 manakala pingat gangsa dalam permainan Mobile Legends Bang Bang.

Penyu Sukan - Sukan SEA Filipina 2019 - Mobile Legends Bang Bang - Malaysia - Agensi Berita Sukan Negeri Terengganu

Tambahan lagi, Team Malaysia juga menyatakan hasrat untuk mengekalkan pingat emas dalam permainan Hearthstone dan permainan lain juga dengan melakukan persediaan awal sebelum Sukan SEA 2021 bermula.

Sumber: Team Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress