Empat Perkara Utama Yang Membuatkan Samsung Galaxy S10 Peranti Yang Sukar Ditewaskan Pada Tahun Ini

Seperti biasa, setiap kali Samsung memperkenalkan model Samsung Galaxy S terbaru mereka, ia pasti menjadi bualan ramai.

Siri Samsung Galaxy S10 kali ini juga tidak terkecuali. Pada kali ini, Samsung melancarkan tiga model iaitu Galaxy S10, S10e dan S10+.

Ketiga-tiga peranti hadir dengan ciri dan fungsi yang sangat menarik tetapi pada kali ini, kami akan jelaskan kepada anda mengenai empat(4) perkara utama yang menjadikan siri Galaxy S10 ini sebagai peranti yang sukar ditewaskan pada tahun 2019 ini.

Rekaan Yang Elegan dan Mewah


Siri Galaxy S sebelum ini sedia ditawarkan dalam rekaan yang elegan dengan binaan yang berkualiti. Namun, Samsung jelas masih tidak berpuas hati dengannya apabila terus mempertingkatkan kualiti rekaan dan binaan yang ada pada keluaran kali ini.

https://youtu.be/bfwebjRUfHA

Perkara paling menarik pada siri Galaxy S10 ini pastinya tetapan kamera hadapan dalam skrin yang digunakan. Rekaan yang digelar Infinity-O Display itu membolehkan bezel yang lebih nipis dihasilkan sekaligus memberikan lebih banyak paparan kepada pengguna.



Selain itu, model keluaran kali ini juga disertakan dengan pelbagai pilihan warna menarik seperti Prism White, Prism Black dan Prism Green yang boleh didapati di Malaysia.

Ia juga termasuklah dua warna tambahan iaitu Ceramic Black dan Ceramic White untuk Galaxy S10+ dengan 512GB memori.

Kamera Berkualiti Tinggi


Perkara menakjubkan yang seterusnya tentang Galaxy S10 ini ialah kameranya yang berkualiti tinggi. Tetapan kamera yang dimiliki oleh keluaran terbaru Samsung ini membolehkan gambar diambil nampak lebih jelas, cantik dan terperinci.

Tambahan pula, setiap model dibawah siri ini didatangkan dengan lensa 16MP ultra-lebar 123-darjah terbaru yang mempunyai sudut penglihatan yang sama dengan mata manusia.



Malah, ia turut disokong oleh lensa 12MP sudut luas, Dwi-Aperture dan Super Speed Dual Pixel yang sekaligus membolehkan lebih banyak objek dimuatkan dalam setiap gambar yang ditangkap.

Tidak cukup dengan itu, model S10 dan S10+ turut dilengkapi dengan lensa 12MP telefoto bagi membolehkan imej objek diambil dari jarak jauh tanpa mengurangkan kualiti gambarnya.

https://youtu.be/CD3FKs8ogEY

Bercakap mengenai rakaman video pula, model terkini Samsung ini turut hadir dengan fungsi rakaman Super Steady yang membawa keluar sebarang gegaran yang tidak diingini dalam setiap rakaman selain membenarkan rakaman HDR10+ untuk video yang lebih terperinci.

Bagi kamera hadapan pula, ketiga-tiga model ini menggunakan lensa 10MP UHD yang bukan sahaja boleh menangkap swafoto yang cantik, malah mampu merakam video pada kualiti 4K.



Manakala bagi model S10+, ia akan dilengkapi dengan satu lagi lensa kamera hadapan 8MP RGB depth sensor untuk menambahkan lagi kecemerlangan kamera peranti ini.

Masih ragu-ragu dengan kualiti yang ada pada peranti ini? Laman penguji kualiti fotografi DxOMark telah meletakkan Samsung Galaxy S10+ sebagai peneraju bagi senarai telefon pintar baru-baru ini dengan 109 markah.

Dynamic AMOLED, Paparan Terbaik Dimiliki Telefon Pintar Ketika Ini


Berbeza dengan peranti flagship mereka sebelum ini, Samsung menggunapakai skrin jenis Dynamic AMOLED pada kali ini. Menariknya, ia ditawarkan pada semua model termasuk Galaxy S10e, membuktikan Samsung tetap mahu memberikan kualiti terbaik walaupun pada model paling asas.

https://youtu.be/LetvrUYX0yM

Antara kelebihan yang ada pada skrin ini ialah ia mampu menghasilkan lebih 16 juta warna berbeza serta menawarkan paparan dengan kontras yang sangat luar biasa walaupun pada warna hitam yang terlalu gelap atau putih yang terlampau terang.



Selain itu ia juga menyokong fungsi HDR10+, menjadikannya sebagai peranti mudah alih pertama dengan sokongan fungsi berkenaan.



Sistem imbasan cap jari ultrasonic dari dalam skrin yang digunakan pada Galaxy S10 dan S10+ juga adalah teknologi terkini dimana ia hanya mengesan imbasan cap jari sebenar secara fizikal sahaja.

Ini bermakna imbasan cap jari palsu seperti gambar tidak akan dapat membuka peranti Samsung Galaxy S10 ini.

Maka tidak salah kalau kami katakan, ranking pertama kualiti paparan peranti terbaik yang sebelum ini dipegang oleh Samsung dengan SuperAMOLED-nya kini diatasi oleh mereka sendiri dengan Dynamic AMOLED terbaru ini.

Pengecasan Tanpa Wayar Berbalik Berkuasa Tinggi


Siri Samsung Galaxy S10 ini turut menyokong pengecasan pantas tanpa wayar Fast Wireless Charging 2.0 yang juga menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar berbalik.

https://youtu.be/j02d0k0XDKU

Teknologi yang dinamakan Wireless PowerShare  ini membenarkan peranti Samsung atau jenama lain yang menyokong fungsi WPC Qi Wireless Charging untuk dicas dengan hanya meletakkannya diatas panel belakang peranti Galaxy S10.



Bukan sahaja telefon pintar, ia juga boleh digunakan sebagai dok pengecasan bagi mengecas bateri aksesori lain seperti model-model Galaxy Watch serta Galaxy Buds.

Mahu mengecas telefon aksesori dalam masa yang sama? Jangan risau, anda boleh mengecas aksesori seperti Galaxy Buds dengan meletakkannya di atas peranti Galaxy 10 ketika telefon tersebut sedang dicas.

Samsung Galaxy S10 ditawarkan pada harga bermula RM3,299, manakala Galaxy S10e dan Galaxy S10+ pula masing-masing dipasarkan dengan nilai bermula RM2,699 dan RM3,699.

Dengan apa yang ditawarkan pada ketiga-tiga peranti ini, ia adalah sangat berbaloi untuk dimiliki. Tidak percaya? Anda boleh ke mana-mana pengedar Samsung berhampiran untuk mendapatkannya dan nikmati sendiri kualiti yang ada pada keluaran terbaru mereka ini.

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung Malaysia.