Empat Aplikasi Ramalan Cuaca Terbaik Bagi Membantu Anda Sepanjang Musim Hujan Ini

Baru-baru ini, beberapa platform berita tak kira di media cetak mahupun digital telah melaporkan bahawa Malaysia akan dibasahi hujan dengan kerap sepanjang bulan Oktober hingga November ini.

Ia pastinya memberikan sedikit masalah dalam kehidupan seharian kepada sebahagian daripada kita terutamanya bagi golongan peniaga gerai-gerai serta penunggang motorsikal. Maka, atas rasa tanggungjawab, kami senaraikan empat aplikasi ramalan cuaca terbaik bagi membantu anda dalam merancang aktiviti harian sepanjang musim hujan ini.

1. The Weather Channel 



Aplikasi ini dinilai sebagai aplikasi ramalan cuaca terbaik oleh kebanyakan pakar penilaian di luar sana. Dengan antaramukanya yang ringkas dan mudah digunakan, TWC ini amat sesuai untuk digunakan untuk semua golongan termasuklah golongan berusia.

Pengguna boleh menyemak ramalan cuaca secara langsung, per jam, atau sehingga 15 hari. Selain cuaca, aplikasi ini turut memberi maklumat tambahan seperti suhu, kelajuan angin dan indeks sinaran ultra-violet(UV).

Muat-turun :  Android    iOS

2. AccuWeather



AccuWeather merupakan aplikasi laporan cuaca yang popular di seluruh dunia. Mana tidaknya, laporan dan ramalan cuacanya meliputi lebih dari tiga juta lokasi di seluruh dunia. Ia juga mengandungi amaran cuaca seperti salji, ribut kuat dan puting beliung.

Malah, anda juga boleh menonton pelbagai video terkini berkaitan cuaca yang disediakan dalam aplikasi ini.

Muat-turun :  Android    iOS

3. Rain Alarm



Berbeza dengan dua aplikasi terawal dalam senarai ini, Rain Alarm adalah aplikasi yang lebih menfokuskan kepada cuaca hujan. Tambahan pula, ramalan cuaca pada aplikasi ini lebih bersifat jangka masa pendek sahaja.

Antaramuka Rain Alarm ini pula kelihatan seperti radar cuaca yang biasa kita lihat dalam laporan kaji cuaca di kaca televisyen, di mana keadaan cuaca diklasifikasikan mengikut warna dalam radar.

Muat-turun :  Android    iOS

4. 1Weather : Widget Forecast Radar



1Weather adalah aplikasi yang hampir serupa dengan The Weather Channel, namun pengguna boleh mandapatkan ramalan cuaca untuk lebih 12 minggu ke hadapan. Malah, anda juga boleh mendapatkan laporan cuaca secara langsung untuk sehingga 12 lokasi berbeza.

Tambahan pula, aplikasi ini membolehkan anda mendapatkan imej daripada radar, fasa bulan, tahap kelembapan dan banyak lagi.

Muat-turun :  Android    iOS

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam merancang perjalanan atau aktiviti harian anda sepanjang musim hujan kali ini. Jangan lupa teruskan bersama kami di Wiser.my untuk maklumat-maklumat terkini dan menarik mengenai dunia teknologi.

 

Sumber : tom'sguide   Outside

 

Berkaitan