Emoji Baru Untuk Pengguna iOS dan MacOs

Apple telah mempamerkan beberapa emoji baru yang akan dibawakan menjelang akhir tahun ini (mungkin selepas pelancaran iPhone 8?) untuk peranti iOS, macOS dan watchOS.



Emoji yang diperlihatkan ini merupakan spesifikasi dari Unicode 10.0 termasuklah 'star struck', 'exploding head', 'face vomiting', 'crazy face', 'woman with headscarf', 'bearded person', 'person in lotus position', 'breastfeeding', 'zombie', 'genie', 'mage' 'merperson', dan banyak lagi.





Mengikut Apple's News Room, emoji terbaru ini dibawakan bersempena sambutan World Emoji Day. Anda boleh cari senarai penuh emoji baru ini di Emojipedia.