Jack Sweeney, seorang anak muda berusia 19 tahun yang baru menuntut di University of Central Florida sudah ditawarkan ~RM21 ribu oleh Elon Musk untuk berhenti berkongsi lokasi jet beliau di Twitter.
Jack telah mencipta sebuah akaun Twitter, @ElonJet yang berfungsi 24/7 mengesan lokasi jet Elon Musk serta berkongsinya melalui twit yang boleh dilihat serta disebarkan sesiapa sahaja. Pun begitu, Jack tidaklah melakukannya secara manual kerana ia menggunakan bot.
“Can you take this down? It is a security risk,” mesej daripada Elon Musk kepada Jack pada 12 tengah malam memintanya berhenti melakukan perkara tersebut.
Elon menawarkan $5,000 untuk akaun namun Jack meminta $50,000 atas alasan untuk perbelanjaan kolejnya dan mungkin membantu beliau membeli Tesla Model 3.
https://twitter.com/ElonJet/status/1486471951606599683?s=20&t=KPH88OggIEB-trDWXPZdrg
Akaun tersebut kini diikuti 109.2K orang. Bukan sahaja Elon Musk menjadi mangsa malah Jack juga melakukan penjejakan ini pada tokoh lain seperti Bill Gates dan Jeff Bezos melalui akaun @GatesJet dan @BezosJet.
Perkara yang dilakukan Jack ini tidak salah di sisi undang-undnag kerana bot Jack menggunakan data daripada transponder ADS-B pada pesawat serta beberapa teknik tambahan lain untuk memastikan data yang dikongsi tepat.
Elon Musk akhirnya meninggalkan Jack tanpa sebarang respons kerana Elon tidak berasa ia satu perkara yang tepat untuk mengeluarkan wang semata-mata mahu memadam sebuah akaun Twitter.
Disebabkan akaun @ElonJets, dia kini lebih mahir dalam pengaturcaraan dan mendapat kerja separuh masa di UberJets sebagai pembangun aplikasi.
Perbualan terakhir mereka adalah pada minggu lalu di mana Jack berkata dia lebih gembira jika diberi tawaran internship berbanding wang tetapi mesej tersebut masih belum dibaca Elon Musk.
Namun, Jack berkata dia tidak ambil pusing, "Saya rasa beliau sedang bercuti di Hawaii kalau kita semak di @ElonJet sekarang."
KEMASKINI: Elon Musk telah menyekat Jack di Twitter. Baca lanjut di SINI.
Sumber: Protocol
Baca juga:
- Remaja 19 Tahun Godam Lebih 25 Kereta Tesla Dan Jadikannya 'Remote Control'
- Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
- Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta
Berkaitan
- Elon Musk Tawar ~RM182 Bilion Untuk Beli Twitter 100%, Nasib Jack Sweeney Jadi Tanda Tanya
- Elon Musk Mahu Beli Manchester United
- Elon Musk Akan Jadi Tauke Twitter Dengan Harga ~RM190 Bilion, Milikinya 100%
- "Kalut Sangat Dengan Twitter Sampai Tinggal Tesla" - Pelabur Ke-3 Terbesar Tesla Tak Puas Hati Dengan Elon Musk
- Dalam Diam Elon Musk Derma ~RM23 Bilion Saham Tesla Pada Badan Amal
- Github Buang Aplikasi Kontroversi Lelong Wanita Muslim Di India
- Elon Musk Cadang Kenakan Caj Pada Organisasi Yang Guna Twitter
- BNM Lelong Duit Kertas Dengan Nombor Siri Khas Secara 'Online'
- Spotify Dan FC Barcelona Umum Kerjasama, Guna Nama Stadium Baharu Musim Depan
- Twitter Sah Dimiliki Oleh Elon Musk - CEO, CFO Diiringi Pegawai Keselamatan Keluar Bangunan