Elon Musk - "Peperangan Udara Milik Dron, F-35 Tiada Peluang Menentangnya"

Selain Tesla, anda mungkin mengenali Elon Musk dengan idea-idea "menariknya" seperti pelancongan ke angkasa serta rancangannya meneroka planet Marikh. Kini Musk sekali lagi mendapat perhatian ramai dimana beliau menyatakan era jet pejuang sudah berlalu.

Menurut Musk, pertempuran udara pada masa hadapan akan menggunakan dron. Kenyataan itu dibuat oleh beliau pada satu acara yang turut dihadiri oleh pegawai tentera udara Amerika Syarikat.

Drone warfare is where the future will be. It’s not that I want the future to be – it’s just, this is what the future will be.” ujar Musk lagi.

Tambah menarik lagi, Musk turut membuat ciapan bahawa jet pejuang F-35 tidak mampu menandingi dron.



Sumber: Forbes