Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk

Elon Musk Jadi Individu Kedua Terkaya Di Dunia Mengatasi Bill Gates

Diterbitkan November 25, 2020 oleh Amsyar Latif

Elon Musk adalah seorang yang berkarismatik dan juga pengasas jenama kenderaan elektrik Tesla telah mengatasi Bill Gates untuk menjadi individu kedua terkaya di dunia menurut senarai jutawan Bloomberg.

Elon Musk Berada Sendiri Di Kompleks Gua Tham Luang Bagi Membantu Operasi Menyelamat

Saham syarikat Tesla telah melonjak baru-baru ini dan menjadikan kekayaannya bertambah sebanyak AS$7.2 bilion (~RM29.4 bilion).

Usahawan kelahiran Afrika Selatan itu kini dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak AS$128 bilion (~RM523 bilion).

Elon Musk yang juga pengasas bersama SpaceX telah mengatasi beberapa jutawan lain dalam beberapa minggu akhir ini termasuk Ketua Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg dan Bernard Arnault, Ketua Pegawai Eksekutif LVMH.

bloomberg billionaires

Individu yang mendahului Elon Musk ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Amazon iaitu Jeff Bezos dimana kekayaannya dianggarkan AS$182 bilion (~RM743 bilion).

Selain itu, disebabkan penularan COVID-19 turut telah menambah nilai kekayaan hartawan kerana syarikat teknologi kini menjadi kegemaran ekoran prestasi kukuh dalam pasaran saham.

Pada tahun 2020, saham Tesla telah melonjak lebih daripada 500% dan syarikat itu kini bernilai lebih daripada AS$500 bilion (~RM2,043 trilion).

Elon Musk yang juga memiliki sekitar 18% saham telah memperoleh sekitar AS$100 bilion sepanjang tempoh ini.

Sementara itu, laporan daripada AFP menyatakan saham Tesla menunjukkan peningkatan drastik sejak Joe Biden menjadi presiden yang memilih dasar lebih agresif untuk menangani perubahan iklim.

Saham Tesla juga didorong oleh pengumuman bahawa ia akan ditambahkan ke indeks S&P 500.

Sumber: Bloomberg

 

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY