Elon Musk Cadangkan Kapal Angkasa Menghantar 100 Orang Ke Marikh Dalam Masa 80 Hari

Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX memperkenalkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di planet Marikh. Ia merupakan sebuah kapal angkasa yang dibina dengan perancangan membawa manusia dan membuka penempatan di planet merah tersebut.



Walaupun belum disahkan lagi, kapal angkasa itu mungkin akan dinamakan dengan nama "Heart of Gold" yang diinspirasikan dari novel Douglas Adam; Hitchhiker Guide to the Galaxy. Kapal angkasa itu akan berdiameter 17 meter.



Perancangan awal syarikat itu adalah untuk menghantar 100 orang untuk satu perjalanan. Tetapi Musk mungkin mahu menambah bilangan penumpang kepada 200 orang untuk menjadikan kos penghantaran lebih murah. Perjalanan ke Marikh itu boleh menjangkau 150 hari dan paling cepat selama 80 hari bergantung kepada tahun dan teknologi semasa. Harapan syarikat itu adalah untuk memendekkan masa perjalanan kepada 30 hari pada masa hadapan.




Mempunyai pelancar roket berdiameter 12 meter dan berketinggian 12 meter, kapal angkasa terbabit mampu menampung berat muatan sehingga 450 tan bergantung kepada berapa kali ia mengisi minyak.








Sumber: The Verge