Elevation Lab Melancarkan Aksesori FamilyCharger

Lagi pilihan aksesori kabel untuk pelbagai peranti pintar anda.


Minggu lalu syarikat pengeluar aksesori komputer dan peranti pintar, Elevation Lab telah melancarkan aksesori  terbaru yang dapat menyelesaikan masalah keserabutan wayar kabel akibat lambakan pelbagai jenis kabel yang berbeza untuk pelbagai peranti.

Aksesori yang dikenali sebagai FamilyCharger ini merupakan kabel sepanjang 9 kaki yang menyokong sambungan Lightning, MicroUSB dan USB-C.



Kabel ini dilengkapi dengan 3 sambungan Lightning, 1 MicroUSB dan 1 USB-C yang mampu mengecas kesemua peranti pintar yang disambungkan padanya sekaligus dengan adanya pengecas berkuasa 65W.

Ia juga turut disertakan bersama pelekat silikon yang boleh diubah tempatnya bagi memastikan kabel diletak dengan tersusun dan kemas.

Kapsyen: Kabel FamilyCharger ini adalah satu-satunya produk sebegini yang telah mendapat kelulusan daripada program Apple MFi (Made for iPhone/iPod/iPad").


Aksesori FamilyCharger ini sudah pun boleh dibeli menerusi laman rasmi ElevationLab dan ia berharga USD49.95 (bagi kabel sahaja) atau USD74.95 bagi versi lengkap yang disertakan bersama pengecas 65W.

Untuk info lanjut sila layari laman sesawang Elevation Lab.