Elakkan Daripada Mengguna Peranti AirPods Ketika Anda Bersenam

AirPods bukanlah peranti yang sesuai untuk anda pakai ketika bersenam.


Sejak AirPods diperkenalkan, ia telah menjadi salah satu produk Apple yang paling berjaya dalam barisan produk Apple. Ia amat diminati khususnya para peminat Apple untuk menggunakannya bersama peranti iPhone kerana sokongan ciri-ciri menarik selain daripada kualiti bunyinya yang mengkagumkan.

Malah AirPods juga boleh digunakan bersama peranti Apple Watch serta memudahkan penggunanya memberikan arahan suara melalui SIRI bagi melakukan tugas-tugas tertentu.

Apple juga mempromosikan AirPods sebagai peranti yang sesuai digunakan dalam pelbagai jenis aktiviti. Menyebabkan ramai pengguna dilihat amat gemar memakai AirPods ketika mereka bersenam.

Tetapi Apple sebenarnya tidak pernah mempromosikan AirPods secara rasmi sebagai peranti yang sesuai dipakai ketika aktiviti senaman.  Sebab itulah anda sebaiknya elakkan daripada menggunakannya ketika anda melakukan aktiviti tersebut.



Ini kerana, apabila bersenam pastinya anda berpeluh dengan banyak. Juga bersenam di luar pastinya mendedahkan ia kepada debu. Malah Apple tidak pernah menyatakan bahawa peranti tersebut sebagai peranti yang kalis air, peluh mahupun debu.

Setiap peranti baru Apple berada di bawah jaminan Apple selama setahun. Tetapi ia bergantung juga kepada punca kerosakannya. Sebagai contoh, sekiranya AirPods anda didapati rosak kerana disebabkan oleh air, anda tidak akan mendapat ganti atau baik pulih percuma dari pusat servis sah Apple kerana punca kerosakan bagi peranti tersebut tidak dilindungi oleh Apple.

Jadi anda akan terpaksa membayar penuh kos baik pulih peranti tersebut atau terpaksa membeli yang baru.

AirPods pertama kali diperkenalkan Apple dalam bulan Disember tahun 2016. Kemudiannya Apple perkenalkan pula AirPods generasi Ke-2 pada Mac 2019 dengan beberapa penambahbaikan dan ciri terbaru.

Walaubagaimanapun rekaannya adalah masih yang sama dengan generasi pertamanya. AirPods berharga RM699 dengan kotak pengecas. Manakala bagi AirPods dengan kotak yang menyokong ciri pengecasan tanpa wayar pula berharga RM879.00.

Anda juga boleh membeli kotak pengecas tanpa wayar  tersebut secara berasingan yang berharga RM439.00.

Untuk info lanjut sila layari laman muka rasmi Apple AirPods.

Berkaitan