Elak Beli Alat Pengimbas Suhu Palsu, Semak Produk Berdaftar Melalui Portal Ini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatkan orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu sebelum membeli alat pengimbas suhu atau termometer yang dijual terlalu murah.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, alat pengimbas suhu digital yang dijual jauh lebih murah berbanding harga pasaran didakwa sekadar memenuhi syarat ditetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP). Perkara itu kini dalam perhatian KPDNHEP untuk tindakan susulan.



Buat masa ini, KPDNHEP menasihatkan supaya pembelian alat pengimbas suhu digital itu dibeli daripada kedai yang sah dan diakui membekal alat berkenaan.

Orang ramai juga diminta untuk memastikan alat pengimbas tersebut mempunyai pengesahan Sirim Berhad (Sirim). Ini bertujuan untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan mempunyai bacaan yang tepat.

Semakan termometer berdaftar dengan KKM boleh dilakukan melalui pautan ini. Jika terdapat maklumat mengenai kedai atau pembekal menjual alat tidak berkualiti, laporan boleh disalurkan kepada KPDNHEP untuk tindakan.

Sumber: Sebenarnya.my