EcoFlow River 2 Pro - Salah Satu Peranti Yang Anda Wajib Beli

Terdapat banyak pilihan stesen kuasa mudah alih yang tersedia di pasaran hari ini. EcoFlow River 2 Pro adalah salah satu daripadanya dan mampu menjadi pilihan pengguna yang mencari prestasi dan ketahanan.

Namun, seperti semua produk, ia mempunyai kelebihan dan kelemahan. Dalam ulasan ini, kita akan membincangkan tentang kelebihan dan kekurangan EcoFlow River 2 Pro.

{snap}

Kecil tetapi berkuasa



EcoFlow River 2 Pro merupakan sebuah stesen kuasa kecil yang kukuh, serta mampu memberikan kelebihan terutama sekali melalui penggunaan dengan aplikasi EcoFlow.

Walau bagaimanapun, ia tidak mempunyai fungsi lampu dan kipasnya mengeluarkan bunyi bising apabila digunakan saat beban penuh.

Namun begitu, dalam ulasan kami, anda boleh mengetahui mengapa ini tidak semestinya menjadi satu kelemahan.

Spesifikasi penuh

{snap}

Reka bentuk




EcoFlow River 2 Pro didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas tetapi tampak kukuh untuk sebuah stesen kuasa mudah alih.

Ia mempunyai banyak port dan juga boleh digunakan sebagai penjana solar dengan panel solar. Tetapi panel solar ini perlu dibeli secara berasingan, RM2000 anda kena tambah.

Selain itu, kedudukan tempat pemegang stesen kuasa mudah alih ini berada dibelakang, menjadikannya kurang selesa untuk dipegang ketika memindahkanya dari satu tempat ke tempat yang lain.

Di bahagian depan, terdapat skrin yang jelas dan memaparkan maklumat secara ringkas tetapi maklumatnya sudah cukup untuk kita tahu apa yang sedang dilakukan peranti ini.

Antara yang dipaparkan adalah status bateri, semua proses pengisian, serta menunjukkan input dan output kuasa. Tiga port AC, tiga port USB-A, satu port USB-C, dua port DC, dan satu port untuk kereta melengkapkan reka bentuk River 2 Pro.

Semak harga

{snap}

Port isian kuasa




Seterusnya, terdapat kabel pengisian AC, kabel pengisian kereta dan kabel sambungan yang disertakan bersama-sama dengan stesen kuasa. Ecoflow River 2 Pro mempunyai berat sekitar 8kg.  Terdapat sistem aliran haba pada bahagian sisi kiri dan kanan.

Namun sayangnya, port-port pada stesen kuasa mudah alih ini tidak dilindungi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, cuba untuk elakkan daripada meletakkan River 2 Pro pada kawasan yang terdedah kepada kotoran. Pengisian semula juga boleh dilakukan dengan menggunakan panel solar daripada Ecoflow.

Proses pengendalian stesen kuasa ini lebih mudah kerana hanya terdapat tiga butang pada stesen kuasa itu. Tak perlu pening-pening nak tengok banyak butang. Tiga sahaja.

Selain itu, stesen kuasa itu juga boleh dikawal dengan lancar melalui aplikasi Ecoflow yang merupakan nikmat terbesar peranti ini, terutamanya jika anda ingin mengawal stesen kuasa di dalam kegelapan. Nak tahu lebih lanjut tentang aplikasi EcoFlow? Swipe atas.....

Beli di Shopee

{snap}

Aplikasi EcoFlow




Selain daripada paparan animasi yang menunjukkan berapa minit lagi River 2 Pro perlu dicaj, aplikasi Ecoflow turut membolehkan anda menetapkan status pengecasan dan pengecasan semula mengikut kehendak anda.

Aplikasi Ecoflow turut membolehkan anda mengawal bekalan kuasa untuk semua port dan memaparkan kuasa keluar dan masuk. Namun bukan hanya itu sahaja, anda juga boleh menghidupkan dan mematikan X-Boost melalui aplikasi Ecoflow. Apa itu X-Boost?

X-Boost adalah teknologi dari EcoFlow yang membolehkan pengguna menghidupkan peralatan dengan kuasa yang lebih tinggi daripada stesen kuasa mudah alih EcoFlow anda.

Beli di Shopee

{snap}

Beli atau tidak?




Secara jujur cakap, awalnya saya tidak ambil peduli langsung dengan stesen kuasa mudah alih ini dan saya rasa tak perlukannya. Tapi, semakin lama meneliti, mencuba dari segenap arah, saya mula berminat dengan EcoFlow River 2 Pro ini.

Timbul macam-macam situasi yang saya cuba bayangkan kalau saya mempunyai peranti ini. Kalau elektrik tiada dekat rumah, nak berkelah sambil bawa peti sejuk mini. Banyak senario yang muncul dalam kepala ini. Berangankan percuma.

Andai katalah saya ada duit lebih RM2,999, sudah tentu EcoFlow River 2 Pro adalah peranti pertama yang akan disambar. Cas penuh hanya 1 jam, bateri 768Wh (240,000 mAh), dan turut datang dengan 5 tahun waranti.

Beli di Shopee