Bermula sejak tahun 1993 lagi dengan FIFA International Soccer (FIFA94), setiap tahun siri permainan kesukaan ramai itu akan hadir dengan beberapa pembaharuan.
Berdasarkan temubual bersama Bloomberg, CEO EA, Andrew Wilson menjelaskan bahawa mereka mungkin tidak akan mengeluarkan permainan itu secara tahunan lagi.
Ia bukanlah bermaksud mereka mahu menghentikan terus siri permainan tersebut, tetapi menambah baik format penawaran kepada para pengguna. Jika sebelum ini kita perlu membeli CD permainan itu setiap tahun untuk merasai pembaharuan, kini mereka bercadang untuk menawarkannya secara langganan awan (cloud gaming) supaya setiap kemaskini baru boleh ditawarkan terus kepada pengguna.
Dengan cara ini, pengguna tidak perlu menunggu lama kerana setiap kali tutupnya jendela perpindahan, EA akan terus menawarkan kemaskini pemain yang terkini. Apa pendapat anda tentang perancangan yang dibuat oleh EA ini?
Sumber: Bloomberg
Berkaitan
- Malaysia Di Landasan Tepat Untuk Realisasikan Visi Bandar Pintar
- League of Legends Akan Dibawa Ke Platform Telefon Pintar Dan Konsol
- EA Sahkan Tiada Pengenalan Baru Siri Battlefield Untuk Tahun Hadapan
- Facebook Diserang Pepijat, Tarik Balik Sekatan Keatas Akaun Yang Disekat
- Harry Kane Dilapor Akan Hadir Bersama Merasmikan Telefon Pintar Leagoo
- CES 2017: Pengecasan Tanpa Wayar Bakal Jadi Realiti
- Beli realme X3 SuperZoom Pada 2 Jun 2020, Dapat Diskaun RM200
- League Of Legends Mungkin Hadir Untuk Pengguna Telefon Pintar
- Android O - Oreo Ataupun Oatmeal Cookie?
- realme X3 Pula Diperkenalkan - Beza Hanya Kamera Berbanding Dengan X3 Superzoom