EA Bawa Pemain Kembali Ke Perang Dunia Kedua Dengan Battlefield V

Electronic Arts (EA) pada awal tahun ini telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan satu lagi permainan video ber-genre perang popular mereka, Battlefield V(BF5) pada Oktober tahun ini. Dan pada 23 Mei yang lalu, mereka telah memuat naik satu video trailer rasmi di laman Youtube rasmi permainan berkenaan.

https://youtu.be/fb1MR85XFOc

Permainan video yang dihasilkan oleh anak syarikat mereka, DICE ini akan membawa pemain kembali ke zaman Perang Dunia Kedua(WWII). Ini bermakna rungutan pemain berkenaan peperangan yang terlalu futuristic tidak akan kedengaran pada permainan ini. Malah ia sudah bermula sejak dari siri Battlefield 1 lagi apabila permainan tersebut dibangunkan bertemakan zaman Perang Dunia Pertama(WWI).

Pihak EA juga memberi pengesahan bahawa permainan ini akan mengekalkan mod permainan solo(single payer) bagi Battlefield V ini. Ia adalah berbeza dengan siri pesaing mereka, Call of Duty yang membawa keluar mod ini pada keluaran terbaru mereka, COD Black Ops 4.

Battlefield V dijangka akan dilancarkan pada 19 Oktober ini dan ia akan hadir ke platform PC, Xbox One dan Playstation 4. Manakala Deluxe Edition bagi permainan ini akan mula terjual pada 16 Oktober iaitu tiga hari lebih awal.

Sumber