E3 2018 : Resident Evil 2 Diberi Nafas Baru, Bakal Keluar Januari 2019

Pada pagi ini, tiba pula giliran Sony untuk mempersembahkan produk dan perancangan terbaru mereka bagi setahun mendatang di acara Electronic Entertainment Expo(E3) 2018. Namun, antara yang menarik perhatian ramai pada persidangan berkenaan adalah pengumuman tentang permainan video Resident Evil 2 yang telah dihasilkan semula oleh pihak Capcom.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu persembahan video trailer bagi permainan berkenaan. Pengunjung telah menunjukkan keterujaan mereka dengan bersorak dan memberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja mereka mengenalpasti watak utama bagi permainan berikut dalam video yang dipertontonkan.

https://www.youtube.com/watch?v=9Da9s-7klE4

Capcom sebelum ini telah mengumumkan mereka akan memberi nafas baru bagi antara versi yang paling popular dalam siri permainan Resident Evil ini pada 2015. Permainan ini juga akan mengembalikan fungsi third-person shooter selepas menggantikannya dengan first-person shooter pada permainan Resident Evil 7 sebelum ini.

Walaupun dipersembahkan pada persidangan Sony, permainan ini dijangka akan turut hadir ke platform Xbox One dan PC selain daripada konsol Sony sendiri iaitu Playstation 4.

Sumber