Ignatius Ong selaku Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd berkata, “Kami akan terus meluaskan perkhidmatan dalam segmen ini dan bukan hanya menyediakan platform transaksi pembayaran tol semata-mata. Matlamat kami ialah mewujudkan inklusiviti di dalam ekosistem pengangkutan dan kerjasama dengan Easybook ini adalah sejajar dengan matlamat berkenaan".
Easybook menawarkan perkhidmatan tempahan meliputi pelbagai jenis pengangkutan awam termasuk bas, kereta api, feri, kereta sewa serta penerbangan. Kini, para pengguna e-dompet ini boleh menggunakan fungsi ‘Pay’ untuk menyempurnakan transaksi tempahan di dalam negara.
“Kami berharap rakyat Malaysia akan menggunakan e-dompet Touch ‘n Go untuk melakukan pembayaran kerana ianya selamat, pantas dan
mudah", kata William Lee, Pengarah Urusan Easybook.
Selain itu, bersempena dengan musim cuti sekolah tidak lama lagi, mereka menawarkan diskaun istimewa untuk destinasi-destinasi bas terpilih melalui kempen ‘States Takeover’. Para pengguna boleh menggunakan sistem e-dompet ini untuk membayar tempahan bas yang dibuat melalui laman web atau aplikasi Easybook dan menikmati diskaun RM4 bagi destinasi berikut:
● Perjalanan ke/dari Melaka, Pulau Pinang dan Johor dengan tempoh tempahan mulai 1 November hingga 15 Disember 2019.
● Perjalanan dalam/dari Sabah dan Sarawak dengan tempoh tempahan mulai 15 November hingga 31 Disember 2019.
Menerusi inisiatif #JOMTEKSI yang dilancarkan tahun lalu, pemandu teksi tradisional kini boleh menggunakan e-dompet Touch ‘n Go untuk transaksi pembayaran tanpa tunai.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai terma dan syarat promosi berkenaan, sila kunjungi tngdigital.com atau easybook.com.
Berkaitan
- DJI Goggles, Alami Perasaan Seperti Superman Apabila Memandu Drone
- Variasi 8GB Honor View 10 Dilancarkan 14 Ogos Ini
- Huawei Nova 3 Primrose Gold Mula Dijual Di Malaysia
- Qualcomm Didakwa Bakal Lancarkan Snapdragon 8150 Pada 4 Disember Ini
- Aplikasi Google Duo Telah Mencecah 10 Juta Muat Turun
- GoPro Akan Datang Dengan Drone Karma pada 19 September Ini
- Rakan Dagangan Google Mungkin Telah Dedahkan Nama Rasmi Android P Secara Tidak Sengaja
- Google Pixel 3 XL Dilancarkan Secara Rasmi, Mempunyai Skrin Paparan Lebih Besar & Kamera Utama Berlensa Tunggal
- Google Umumkan Google Clasroom versi terbaru
- OPPO Beri Peluang Kepada Peminat Untuk Mereka Cipta Logo/Perkataan 'Reno'