DxOMark: Penilaian Kamera iPhone 12 Pro Akan Dibentangkan Esok

Hari ini kita boleh lihat ramai yang sudah memiliki telefon terbaharu Apple iaitu barisan iPhone 12.

Syarikat penanda aras kualiti kamera pada telefon pintar, DxOMark telah mengumumkan bahawa mereka akan bentangkan hasil ujian bagi kamera iPhone 12 Pro.

https://twitter.com/DxOMark/status/1326977899627483139?s=20

DxOMark baru-baru ini juga telah memperbaharui standard piawaian ujian kamera telefon pintar dan menambahkan ujian kualiti pratonton gambar pada telefon.



Ini kerana pratonton gambar pada kamera memberikan kita satu reaksi awal terhadap kualiti gambar yang diberikan. Buat masa kini, iPhone 11 Pro Max berada di kedudukan ke-9 dengan skor sebanyak 124 mata.

Kapsyen: Ranking Kamera Terkini


Dengan beberapa teknologi baharu dan canggih pada iPhone 12 Pro, pasti akan ada sedikit peningkatan skor terhadap telefon ini. Sama-sama kita nantikan hasilnya esok.

Sumber: DxOMark