Dxomark Mengumumkan Pemenang Kamera Telefon Pintar Terbaik 2019

Dengan bakal berakhirnya tahun 2019, syarikat penguji keupayaan kamera terkenal dunia iaitu Dxomark telah mengumumkan pemenang kamera telefon pintar terbaik pada tahun ini. Sepanjang tahun 2019, pihak Dxomark telah menguji 31 buah peranti dari pelbagai kategori sama ada peranti mercu, peranti kelas pertengahan mahupun peranti kelas permulaan.

Terbahagi kepada beberapa kategori, seperti kamera terbaik, rakaman video terbaik, mod malam terbaik, kamera sudut ultra lebar terbaik dan kamera zum terbaik.

  • Kamera Terbaik(Kesuluruhan): Huawei Mate 30 Pro/Xiaomi CC9 Pro Premium Edition.








Dari segi keseluruhan, kedua peranti ini berkongsi kedudukan sebagai pendahulu carta dengan mendapat skor sebanyak 121 mata. Huawei Mate 30 Pro hadir dengan 4 kamera utama dan mempunyai lensa utama 40MP. Manakala Xiaomi CC9 Pro Premium Edition hadir dengan 5 kamera dengan mempunyai lensa utama bersaiz 108MP. Kedua-dua peranti ini dilihat menjadi pilihan terbaik bagi pengguna yang mengutamakan aspek kamera.

  • Rakaman Video Terbaik : Iphone 11 Pro Max






Walaupun berkongsi mata dengan Xiaomi CC9 Pro Premium Edition dalam skor rakaman video, Iphone 11 Pro Max dianugerahkan peranti terbaik bagi rakaman video dengan mempunyai julat dinamik yang tinggi terutamanya dengan fungsi HDR. Ia juga menghasilkan video yang menghasilkan warna yang seimbang, eksposure yang cemerlang pada semua situasi dan mengurangkan “noise” terutamanya ketika rakaman video 4K.

  • Keupayaan Zum Terbaik : Xiaomi CC9 Pro Premium Edition






Hadir dengan dua lensa telefoto, Xiaomi CC9 Pro Premium Edition dilihat amat cemerlang dalam kategori ini dengan mendapat 109 mata. Dalam ujian yang dilakukan, peranti keluaran Xiaomi ini menghasilkan imej yang paling jelas ketika di zum dan hasilnya, ia jauh meninggalkan pencabar terdekat iaitu Huawei P30 Pro yang hanya mendapat 95 mata.

  • Kamera Sudut Ultra Lebar Terbaik : Samsung Galaxy Note 10+ 5G.






Walaupun hanya mengtasi Iphone 11 Pro max dengan 2 mata, Samsung galaxy Note 10+ dilihat berada di dalam kelasnya yang tersendiri bagi kategori ini. Setelah menguji kesemua peranti, ternyata peranti mercu keluaran Samsung ini menghasilkan imej paling lebar. Ia juga menghasilkan imej yang jelas dan kurang “distortion”. Ia juga menghasilkan imej ultra lebar yang mempunyai julat dinamik yang tinggi dan mempunyai warna yang seimbang.

  • Kamera Mod Malam Terbaik : Huawei mate 30 Pro






Hadir dengan sensor yang besar beserta implementasi dari segi teknologi, Huawei Mate 30 Pro dilihat gah berada di tangga teratas bagi kategori ini. Ia menghasilkan eksposure yang cemerlang, julat dinamik yang tinggi dan kurang “noise’ pada imej menjadikannya sebuah peranti yang boleh digunakan dalam apa jua keadaan cahaya sesuatu tempat.

Sumber : Dxomark