DxOMark Memperkenalkan Ujian Pemarkahan Berasaskan Audio

DxOMark adalah laman yang paling popular digunakan sebagai rujukan dan perbandingan kualiti untuk berbagai jenis kamera dan lensa.

Hari ini DxOMark mengumumkan ujian baharu berasaskan audio untuk mewujudkan satu pusat rujukan perbandingan audio antara peranti pintar.

Untuk sistem pemarkahan audio, markah keseluruhan sesebuah peranti adalah terdiri 2 sub-markah utama iaitu, markah memainkan audio dan juga markah rakaman.



DxOMark juga telah menyiarkan hasil daripada ujian pertama perbandingan audio antara peranti pintar. Melihat kepada hasil perbandingan, Huawei Mate 20 X memegang takhta sebagai raja audio.

Menariknya kualiti audio pada iPhone XS Max telah mengalahkan iPhone 11 Pro Max.



Mengikut DxOMark, Huawei Mate 20 X mempunyai mikrofon stereo yang tidak terdapat pada peranti lain menjadikan markah yang diperolehi lebih tinggi berbanding pesaing.

"The Mate 20 X features the largest dimensions, and unlike other tested smartphones, it has stereo microphones, leading to a score of 75 points and putting it into the top spot in the ranking by one point."