DxOMark: Kualiti Kamera Samsung Galaxy Note20 Ultra Tidak Sebaik Galaxy S20 Ultra

Samsung Galaxy Note20 Ultra merupakan telefon pintar terkini yang diuji oleh pihak DxOMark untuk prestasi kameranya.

Namun, hasil ujian hanya memperoleh skor sebanyak 121 melayakkan telefon tersebut dalam posisi ke-10 carta. Malah, skor itu juga meletakkanya di belakang Galaxy S20 Ultra yang mempunyai skor 122.



Dari segi perkakas, Note20 Ultra menawarkan 3 lensa kamera dengan 108MP utama, 12MP zum telefoto, dan 12MP sudut lebar.

Menurut DxOMark, kualiti imej secara keseluruhan adalah cemerlang dengan exposure yang tepat, warna yang jitu, dan perincian yang tinggi.



Namun, dari segi zum, prestasinya sedikit mengecewakan jika dibandingkan dengan kebanyakan kamera dalam carta teratas DxOMark.

Note20 Ultra hanya menggunakan 12MP lensa zum berbanding S20 Ultra pada 48MP. Jadi sudah tentu ia tidak setanding S20 Ultra dari segi prestasi dan kualiti zumnya.

Untuk video pula, prestasi Galaxy Note20 Ultra sedikit di bawah telefon seperti Galaxy S20 Ultra, Xiaomi Mi 10 Ultra dan juga iPhone 11 Pro.

Sumber: DxOMark