Dwayne Johnson, Sekali Lagi Menjadi Pelakon Dengan Bayaran Tertinggi

Tahun ini, sekali lagi, Dwayne Johnson menjadi pelakon dengan bayaran tertinggi. Menurut Forbes, pelakon aksi itu merangkul tempat pertama dalam senarai pelakon dengan bayaran tertinggi, untuk tahun kedua berturut-turut.

Kebanyakan dari pelakon baru dalam senarai itu memperoleh pendapatan dari Netflix dan perkhidmatan penstriman lain. Anggaran gaji oleh Forbes ini telah mencerminkan pendapatan antara 1 Jun 2019 dan 1 Jun 2020. Senarai pelakon wanita dengan bayaran tertinggi, yang pernah dipimpin oleh Scarlett Johansson dengan US$56 juta (~RM234 juta) tahun lalu, akan dikeluarkan bulan depan.

Lihat yang berikut untuk mengetahui barisan pelakon yang berjaya tersenarai tahun ini:

1. Dwayne Johnson


Anggaran pendapatan: US$87.5 juta (~RM367 juta)

dwayne johnson

Seiring dengan memperoleh sejumlah besar cek untuk filem Netflix beliau, "Red Notice", bernilai US$23.5 juta (~RM98 juta), Dwayne masih menjual dengan jayanya, rangkaian barangan Under Armour beliau, lengkap dengan kasut, pakaian, dan fon kepala. Beliau juga dikhabarkan akan masih terus menerima pendapatan besar melalui rancangan debut adiwira DCnya yang akan datang.

2. Ryan Reynolds


Anggaran pendapatan: US$71.5 juta (~RM300 juta)



Forbes melaporkan Ryan mendapat lebih dari US$20 juta (~RM83 juta) untuk setiap filem Netflix lakonan beliau, "Six Underground" dan "Red Notice". Malah, pada bulan Julai yang lalu, syarikat penstriman itu mengumumkan akan mengeluarkan filem ketiga Ryan, dan pastinya akan menjadi satu lagi pendapatan 8-angka buat Ryan.

3. Mark Wahlberg


Anggaran pendapatan: US$58 juya (~RM243 juta)

dwayne johnson

Mark telah pernah menghasilkan jutaan dollar hasil terbitan siri "McMillions"dan "Wahl Street". Filem komedi Netflix lakonannya juga menjadi filem ketiga paling banyak ditonton sejak debut pada bulan Mac.

4. Ben Affleck


Anggaran pendapatan: US$55 juta (~RM230 juta)



Saksikan filem lakonan Ben di Netflix bertajuk "The Last Thing He Wanted" dan juga "The Way Back".

5. Vin Diesel


Anggaran pendapatan: US$54 juta (~RM226 juta)

dwayne johnson

Melalui Netflix, Vin Diesel menjana pendapatan dari siri "Fast & Furious Spy Racers". Nantikan filem terbaru F9 yang telah ditangguhkan tayangannya ke tahun 2021.

6. Akshay Kumar


Anggaran pendapatan: US$48.5 juta (~RM203 juta)



Pelakon Bollywood ini mempunyai pelbagai perjanjian menjadi duta dan juga membintangi satu siri Amazon Prime, "The End".

7. Lin-Manuel Miranda


Anggaran pendapatan: US$45.5 juta (~RM190 juta)

dwayne johnson

Dilaporkan bahawa Miranda memperoleh kebanyakan pendapatannya dari Disney yang membeli hak kepada produksi Broadway beliau, "Hamilton", kini ditayangkan di Disney Plus.

8. Will Smith


Anggaran pendapatan: US$44.5 juta (~RM186 juta)



Will Smith yang juga dikenali sebagai Fresh Prince, masih mampu menjana pendapatan tinggi disebabkan peranan pentingnya dalam pelbagai filem seperti King Richard, akan datang, menampilkan beliau sebagai Richard Williams, bapa kepada pemain tenis profesional, Serena dan Venus. Beliau bahkan mendapat bayaran dari siri Snapchat dan juga laman Instagram beliau sendiri.

9. Adam Sandler


Anggaran pendapatan: US$41 juta (~RM172 juta)

dwayne johnson

Menurut Forbes, Adam Sandler berjaya menandatangani perjanjian untuk membintangi empat filem Netflix sejumlah US$250 juta (~RM1 bilion) pada tahun 2014. Malah, filem "Murder Mysterylakonan beliau juga menjadi salah satu filem Netflix paling terkenal.

10. Jackie Chan


Anggaran pendapatan: US$40 juta (~RM167 juta)



Ya, pelakon lagenda dari Hong Kong ini menjana pendapatan tinggi dari pelbagai perjanjian yang beliau tandatangani, dan juga lima filem pada tahun yang lalu.

Sumber: Forbes & USA Today

Baca lagi: YouTube Super Stream – Tayangan Percuma Di YouTube Selama Sebulan Sempena Bulan Merdeka