D'Virtual Park Taman Tema Realiti Maya Akan Dilancarkan Secara Rasmi Mac Ini

Sejajar dengan ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0), satu taman tema realiti maya akan dilancarkan secara rasmi pada Mac ini. Taman tema yang diberi nama D'Virtual Park ini menggunakan teknologi hologram dan merupakan taman tema realiti maya pertama di Malaysia.

Projek ini telah dibangunkan oleh satu syarikat yang dikenali sebagai Serba Dinamik Group Bhd. D'Virtual Park yang terletak di Kota Samarahan, Sarawak ini dibangunkan dengan pelaburan berjumlah RM13 juta. RM 8 juta adalah bagi pembangunan manakala baki RM 5 juta adalah bagi kerjasama dengan syarikat pemula niaga yang akan menyumbang teknologi mereka bagi taman itu.

dvirtual park

Selain itu, taman tema ini juga merupakan antara perintis taman maya yang memberikan peluang kepada penonton dalam merasai pengalaman menonton pertunjukan teater hologram.

Taman itu menampilkan tujuh daya tarikan dilengkapi dengan teknologi tinggi canggih. Ia terdiri daripada kunjungan maya perayauan bebas, mainan tunggangan yang menyeronokkan serta medan pertempuran maya.

Sumber : Bernama