Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
virtual reality

D’Virtual Park Taman Tema Realiti Maya Akan Dilancarkan Secara Rasmi Mac Ini

Diterbitkan Februari 10, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Sejajar dengan ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0), satu taman tema realiti maya akan dilancarkan secara rasmi pada Mac ini. Taman tema yang diberi nama D’Virtual Park ini menggunakan teknologi hologram dan merupakan taman tema realiti maya pertama di Malaysia.

Projek ini telah dibangunkan oleh satu syarikat yang dikenali sebagai Serba Dinamik Group Bhd. D’Virtual Park yang terletak di Kota Samarahan, Sarawak ini dibangunkan dengan pelaburan berjumlah RM13 juta. RM 8 juta adalah bagi pembangunan manakala baki RM 5 juta adalah bagi kerjasama dengan syarikat pemula niaga yang akan menyumbang teknologi mereka bagi taman itu.

dvirtual park

Selain itu, taman tema ini juga merupakan antara perintis taman maya yang memberikan peluang kepada penonton dalam merasai pengalaman menonton pertunjukan teater hologram.

Taman itu menampilkan tujuh daya tarikan dilengkapi dengan teknologi tinggi canggih. Ia terdiri daripada kunjungan maya perayauan bebas, mainan tunggangan yang menyeronokkan serta medan pertempuran maya.

Sumber : Bernama

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY