Dubai Memperkenalkan Kepada Dunia 'Robot Cop' Pertama

Pada minggu ini, pihak polis Dubai telah memperkenalkan robot polis berfungsi pertama di dunia.

Robot itu yang mempunyai ketinggian sebanyak 1.5 meter dan mempunyai berat sekitar 100 kg telah dilengkapi dengan kamera dan pelbagai sensor.

Robot itu juga mempunyai sambungan dengan bilik kawalan selama 24 jam untuk memastikan setiap robot dipantau setiap masa.

Pihak polis juga boleh strim secara langsung melalui kamera semasa robot itu membuat rondaan.

Dan yang paling menariknya, robot ini boleh 'berkomunikasi' di dalam 6 bahasa.

Sumber