Dua Tidak Cukup, Komputer Riba Ini Lengkap Dengan 7 Skrin

Jika anda seorang pengguna PC, setup dengan multi-monitor sehingga dua atau tiga sudah menjadi kebiasaan. Pada komputer riba pula, Asus hadir dengan ROG Zephyrus Duo yang mempunyai dua paparan.

Namun, pernahkah anda terfikir bahawa komputer riba dilengkapi dengan lebih daripada dua skrin?

Expanscape baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah komputer riba prototaip yang dipanggil Aurora 7 iaitu sebuah komputer riba dengan 7 skrin.

7 skrin komputer riba ini boleh buka dan dilipat sama seperti yang kita lihat pada pisau lipat Swiss Army.



 

Di dalam, ia dikuasakan cip desktop Intel Core i9-9900K yang dipasang pada papan induk Z170.

Daripada 7, 2 skrin hadir dengan panel 4K berukuran 17.3 inci berkedudukan potret sementara 2 skrin landscape dengan panel 4K bersaiz 17.4 inci.

Baki lagi 3 skrin pula hadir dengan panel 1920x1200 dengan nisbah 16:10 berukuran 7 inci.

Dimuatkan dengan dua bateri dimana 82Wh untuk menguasakan bahagian dalaman dan 148Whr untuk menguasakan kesemua skrin.

Dengan berat sekitar 11kg, adakah ia sesuai untuk dipasarkan kepada umum atau ia hanyalah prototaip buat golongan profesional dan industri.

Sumber: expanscape via extremetech